Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bekas Menteri Kewangan Malaysia, di dalam masa yang sama beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden (UMNO).
Semasa mudanya, Anwar merupakan bekas aktivis dalam pergerakan pelajar dan belia yang mana merupakan pengasas dan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).
Selepas menceburi politik beliau menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).Lahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
Semasa kecil, beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.
Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad.
Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
• 1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
• 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
• Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
• 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
• 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
• Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.
• 1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.
• Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi pelajar di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
Menyertai UMNO• 29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.
• Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.
• Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.
• Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Abdullah Ahmad Badawi, dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.
• 1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.
• 1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.
• 1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi.
• 24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Moktar Ahmad.
• 1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
• 1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.
• Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam, bukan parti sekular.
• Selepas Anwar masuk, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
• Anwar Ibrahim dilihat cuba meng'ABIM'kan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO, antaranya ialah Anuar Tahir.
Penglibatan dengan politik UMNOAnwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar.
Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.
Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian.
Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.
Jawatan dalam kerajaan• 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri • 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan • 1985 - 1986 Menteri Pertanian • 1986 - 1990 Menteri Pendidikan • 1990 - 1998 Menteri Kewangan • 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment